kehidupan
Friday, 2 December 2011 | 20:12 | 0 comments
assalammualaikum w.b.t , second entries,.. sediakan akal untuk berfikir .. kuatkan iman supaya dapat tepis semua hasutan-hasutan syaitan yang membisik kedalam telinga-telinga kalian, supaya hentikan bacaan ..
hurm.. Life? Now we are talking about life .. what is life? do you know? kehidupan?
hidup itu anugerah allah, bukan? alhamdulillah .. anugerah allah :)) .. adakah anda semua akan menjawab jawapan yang sama ? 'anugerah allah' .. tapi kenapa ada segelintir manusia yang suka kata "aku cintakan kau,, aku tak dapat HIDUP tanpa kau" atau " Kaulah jantung hatikuu .." atau "sebagainya" .. tadi kata 'anugerah allah' , dah tu .. kenapa tanpa seorang manusia yang tiada pertalian darah langsung dengan anda, anda dah tak boleh hidup .. think ..
di sini ana nak berkongsi cerita yang baru ana baca dari blog seseorang ..
kenapa aku masih berada di dalam NERAKA ?
si pulan : tuhan, kenapa aku masih berada di sini? bukankah aku dahulu sentiasa membantu sahabat-sahabatku yang kesusahan? bukankah aku dahulu sentiasa memberi peringatan kepada sahabat-sahabatku? kenapa aku masih di neraka mu ini? Tuhan.. mana pergi amalan-amalan baik yang aku lakukan dahulu? tidakkah aku telah menggunakan kudratku untuk jalan dakwah? oh, tuhan .... dengarlah rintihanku ini ...
Tiba-tiba ....
Tangannya terangkat dan berkata ...
"aku dulu memasukkan duit ke dalam tabung kerana aku inginkan pujian sahabat-sahabatku, terutamanya yang berlainan jantina denganku .."
Kakinya tiba-tiba bersuara ...
" aku berjalan pergi berdakwah semata-mata ingin menonjolkan diriku di hadapan orang lain bahawa aku ini seorang yang alim dan soleh . aku ingin manusia melihat betapa aku ini hebat berdakwah dan kaya dengan ilmu agama "
Mulutnya tiba-tiba menyanggah ...
" ah, kau ni! Kononnya mulut kau ini kau gunakan untuk mengingatkan sahabat-sahabat kau, tetapi hakikatnya kau tak mengamalkannya ! Kau suruh orang jauhi zina tetapi engkau dengan mudah ber 'chit chat' dengan teman-temanmu yang berlainan jantina dan bercakap perkara-perkara yang tidak sepatutnya. kau suruh orang bersedekahh dan berbuat baik, tetapi diri kau? pernah kau cerminkan diri kau? berapa banyak harta kau laburkan untuk akhirat? berapa peratus keikhlasanmu di dalamnya?
Hatinya yang kehitam-hitaman tiba-tiba mencelah ..
"itulah kau manusia . sudah kerugian kau disini bukan? bukankah guru-guru mu sudah berpesan , pastikan kau lakukan sesuatu dengan niat yang ikhlas. bukankah kau sudah tahu benar segala amalan tanpa niat yang ikhlas umpama buih di lautan. segala kebaikanmu itu habis hancur berkecai . dahulu bila kau di anugerahkan dengan nikmat yang banyak , kau lupa diri . kau sombong! keihlasan lenyap sekelip mata. syukurmu kian menipis . bongkakmu kian meninggi. apa kau sudah lupa hakikatnya kau cuma manusia lemahciptaan si maha besar ? bukankah sifat sombong hanya milik mutlak allah ? kau tahu bukan si durjana iblis dihalau dari syurga kerana kesombongan ?si firaun binasa kerana bongkaknya? si namrud dibinasa kerana takburnya? jadi kenapa kamu tidak belajar dari pengajaran ...
"Betapa rugi dirimu ini wahai manusia . andai dahulu kau mengamalkan ilmumu, pasti kau bahagia sekarang .. tetapi, seperti kau tahu 'There's no turning back!' sekarang rasailah azab dari allah ini bersama-sama dengan kami ... " kata si iblis dan kaumnya ....
Tersedar aku dari mimpi. astarfirullah .. Saat itu , terbayang-bayang difikiranku akan surah yasiin ayat 65 :
"Pada waktu itu kami menteraikan mulut mereka (sejurus) ; dan memberi peluang kepada tangan-tangan mereka memberitahu kami (kesalahan masing-masing) dan kaki mereka pula jadi saksi tentang apa yang telah mereka usahakan ."
ayuhlah sahabat sekalian kita berdoa kehadrat illahi : "ya allah , lindungilah kami dari melakukan apa yang kau larangi dan dekatkanlah kami dengan amaln yang engkau redhai."




