kehidupan
Friday 2 December 2011 | 20:12 | 0 comments
assalammualaikum w.b.t , second entries,.. sediakan akal untuk berfikir .. kuatkan iman supaya dapat tepis semua hasutan-hasutan syaitan yang membisik kedalam telinga-telinga kalian, supaya hentikan bacaan ..
hurm.. Life? Now we are talking about life .. what is life? do you know? kehidupan?
hidup itu anugerah allah, bukan? alhamdulillah .. anugerah allah :)) .. adakah anda semua akan menjawab jawapan yang sama ? 'anugerah allah' .. tapi kenapa ada segelintir manusia yang suka kata "aku cintakan kau,, aku tak dapat HIDUP tanpa kau" atau " Kaulah jantung hatikuu .." atau "sebagainya" .. tadi kata 'anugerah allah' , dah tu .. kenapa tanpa seorang manusia yang tiada pertalian darah langsung dengan anda, anda dah tak boleh hidup .. think ..
di sini ana nak berkongsi cerita yang baru ana baca dari blog seseorang ..
kenapa aku masih berada di dalam NERAKA ?
si pulan : tuhan, kenapa aku masih berada di sini? bukankah aku dahulu sentiasa membantu sahabat-sahabatku yang kesusahan? bukankah aku dahulu sentiasa memberi peringatan kepada sahabat-sahabatku? kenapa aku masih di neraka mu ini? Tuhan.. mana pergi amalan-amalan baik yang aku lakukan dahulu? tidakkah aku telah menggunakan kudratku untuk jalan dakwah? oh, tuhan .... dengarlah rintihanku ini ...
Tiba-tiba ....
Tangannya terangkat dan berkata ...
"aku dulu memasukkan duit ke dalam tabung kerana aku inginkan pujian sahabat-sahabatku, terutamanya yang berlainan jantina denganku .."
Kakinya tiba-tiba bersuara ...
" aku berjalan pergi berdakwah semata-mata ingin menonjolkan diriku di hadapan orang lain bahawa aku ini seorang yang alim dan soleh . aku ingin manusia melihat betapa aku ini hebat berdakwah dan kaya dengan ilmu agama "
Mulutnya tiba-tiba menyanggah ...
" ah, kau ni! Kononnya mulut kau ini kau gunakan untuk mengingatkan sahabat-sahabat kau, tetapi hakikatnya kau tak mengamalkannya ! Kau suruh orang jauhi zina tetapi engkau dengan mudah ber 'chit chat' dengan teman-temanmu yang berlainan jantina dan bercakap perkara-perkara yang tidak sepatutnya. kau suruh orang bersedekahh dan berbuat baik, tetapi diri kau? pernah kau cerminkan diri kau? berapa banyak harta kau laburkan untuk akhirat? berapa peratus keikhlasanmu di dalamnya?
Hatinya yang kehitam-hitaman tiba-tiba mencelah ..
"itulah kau manusia . sudah kerugian kau disini bukan? bukankah guru-guru mu sudah berpesan , pastikan kau lakukan sesuatu dengan niat yang ikhlas. bukankah kau sudah tahu benar segala amalan tanpa niat yang ikhlas umpama buih di lautan. segala kebaikanmu itu habis hancur berkecai . dahulu bila kau di anugerahkan dengan nikmat yang banyak , kau lupa diri . kau sombong! keihlasan lenyap sekelip mata. syukurmu kian menipis . bongkakmu kian meninggi. apa kau sudah lupa hakikatnya kau cuma manusia lemahciptaan si maha besar ? bukankah sifat sombong hanya milik mutlak allah ? kau tahu bukan si durjana iblis dihalau dari syurga kerana kesombongan ?si firaun binasa kerana bongkaknya? si namrud dibinasa kerana takburnya? jadi kenapa kamu tidak belajar dari pengajaran ...
"Betapa rugi dirimu ini wahai manusia . andai dahulu kau mengamalkan ilmumu, pasti kau bahagia sekarang .. tetapi, seperti kau tahu 'There's no turning back!' sekarang rasailah azab dari allah ini bersama-sama dengan kami ... " kata si iblis dan kaumnya ....
Tersedar aku dari mimpi. astarfirullah .. Saat itu , terbayang-bayang difikiranku akan surah yasiin ayat 65 :
"Pada waktu itu kami menteraikan mulut mereka (sejurus) ; dan memberi peluang kepada tangan-tangan mereka memberitahu kami (kesalahan masing-masing) dan kaki mereka pula jadi saksi tentang apa yang telah mereka usahakan ."
ayuhlah sahabat sekalian kita berdoa kehadrat illahi : "ya allah , lindungilah kami dari melakukan apa yang kau larangi dan dekatkanlah kami dengan amaln yang engkau redhai."
who is me?
Wednesday 30 November 2011 | 17:27 | 0 comments
assalammualaikum.. siapa saya? saya adalah manusia yang di ciptakan daripada tanah .. tanah ialah sesuatu benda hidup yang dipijak-pijak oleh manusia.. oleh itu saya tanah? saya hina? ya.. betul.. saya hina . ..
fikirlah wahai manusia, kita ini hinaa... diciptakan dari tanah .. tapi kenapa kita masih angkuh, bongkak dan sombong dengan pencipta(allah) .. manusia .. manusia .. manusia .. selalu lupaa ..
wahai masyarakat sekelilingku ,
aku dapati kalian menjadikan 'couple' itu lumrah kehidupan kalian .. ketahuilah bahawa COUPLE itu HARAM .. COUPLE itu HARAM .. COUPLE itu HARAM .. kenapa masih tidak sedar .. kenapa masih banyak kes pembuangan bayi? cari hidayah allah .. carilah agama ..
Allah telah tunjukkan semua TANDA-TANDA KECIL KIAMAT .. itu maknanya kiamat sangat hampir dengan kita .. suatu hari nanti fitnah dajjal akan berleluasa .. jika pada saat itu iman kita rapuh, maka sudah pasti kita akan menjadi seperti mereka yang mengikut dajjal.. Jadi? bila kita nak tingkatkan iman di dada ? bila? .. sekarang ini allah masih lagi beri peluang kita hidup .. gunakanlah dengan sebaiknya ..
percayalah ,, ramai dikalangan kita yang tahu "apa yang dosa,ap yang tak" tapi.. berapa ramai yang sedar .. kan? tahu dan sedar .. hurm.. tahu , semua orang tahu yang 'aku sedang berdakwah' .. tetapi berapa ramai yang sedar bila baca dakwah ini .. berapa ramai yang terima dakwaan ini ? berapa ramai ?
beginilah .. saya dah ingatkan tentang KIAMAT .. tapi allah yang kawal semua hati-hati manusia kan? allah dah tetapkan takdir kita,kan? tapi ingatlah
'allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan ia mengubah nasibnya sendiri..'
berdoalah mukminin dan mukminat sekalian ,, berdoalah itu kalian dan orang sekeliling kalian .. sekian from hamba allah .. maaf kalau terasa hati dengan post ini .. every people make mistake ,right?